Friday, August 19, 2011

Debu Hijau Photoshop Bike Design Contest

Assalamualaikum & salam sejahtera. Kami berbesar hati mengundang anda menyertai pertandingan Debu Hijau Photoshop Bike Design Contest. Kami menjemput bakat-bakat yang mahir membuat "design" menggunakan adobe photoshop. Kembangkan kreativiti anda di sini, kami dengan berbesar hati mengalu-alukan penyertaan tuan & puan. Jangan lupa invite rakan-rakan anda untuk menyertai pertandingan ini. Hadiah yang sangat lumayan berupa sebuah coverset dengan design yang direka oleh anda....

Syarat-syarat penyertaan:

1) Peserta boleh menggunakan software adobe photoshop atau software yang seumpanya (sample seperti gambar di bawah - credit to caffan design)
2) Peserta boleh menghantar lebih dari 2 penyertaan (tiada limit)
3) Peserta TIDAK dibenarkan sama sekali meniru design2 yang telah sedia ada (design akan ditapis oleh admin Debu Hijau Design)
4) Jenis2 motor yang dibenarkan:
i) semua jenis motor cub yang memliki coverset sepenuhnya kecuali moto yang memiliki tanki hadapan & chasis yang mengikut warna coverset. contoh ex5, rxz, fz150, scrambler.
5) tema untuk pertandingan ini adalah "RACING DESIGN" .Design yang melanggar syarat tidak akan dipamerkan
6) Peserta perlu menghantar gambar design anda ke email wak_lc@yahoo.com.my beserta nama penuh, IC, No telefon & alamat
7) tarikh penyertaan bermula dari 15/8/2011
8) Pemenang akan dinilai mengikut jumlah "LIKE" yg diperolehi.
9) Tarikh akhir untuk menghantar design anda adalah pada 31/8/2011
10) tarikh "LIKE" bermula dari 15/8/2011 sehingga 15/9/2011.
11) keputusan akan dikeluarkan selepas seminggu tarikh "LIKE" ditutup (22/9/2011)
12) sebarang pertanyaan boleh diajukan pada no 013-4506081 (wak)


HADIAH MENARIK MENANTI ANDA..KAMI MERIALISASIKAN DESIGN IMPIAN ANDA..
JOIN KAMI DI:

Tuesday, May 31, 2011

Debu Hijau Design




Custom Design: RM200 - RM300 (without coverset)
Sport Rim: RM40
1 colour: RM100 - RM150 (without coverset)
Other service: touch up paint, repairing body part(scratch, crack) , fiberglass touch up
PM for more info or call or sms 013-4506081 -wak-





Wednesday, March 16, 2011

Di sebalik tragedi tsunami di jepun...

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.



p/s: sila share pd kwn2x slepas bace ye...