Monday, December 13, 2010

Aku Bukan "mat rempit"...

"cantik moto bro... betul mat rempit la lu"


Rempit? Aku mat rempit? Hanya kerana profil picture aku gambar motor berkategori moped @ cub? Inilah mentaliti rakyat Malaysia terhadap bikers kecil seperti aku dan rakan-rakan yang lain... Asal naik moto - Rempit ... REMPIT... REMPIT... REMPIT... Sampai aku sendiri naik menyampah dengan semua kategori mat rempit, x kisahla yang baik ke yang jahat sebab kalau dah dasar Mat Rempit mmg x de yang baik. Kenapa perlu jadi mat rempit? kenapa perlu bangga sebagai mat rempit? kenapa nak sia2xkan hidup yang singkat ni dengan rempit? Kerana Rempit2x inilah sampai semua yang tak terlibat termasuk aku turut jadi mangsa keadaan dilabel sebagai mat rempit...


Mat Rempit pada dasarnya mereka yang menunggang motorsikal tanpa attitude & menunggang secara melulu & merbahaya tanpa mempedulikan pengguna jalan raya lain, mereka juga gemar melakukan aksi-aksi merbahaya, berlumba haram, melanggar peraturan, tiada keselamatan diri & kegiatan jenayah seperti ragut, pecah rumah, curi motorsikal & jenayah berat seperti membunuh... Begitu banyak perkara negatif yang bole dikaitkan dengan Rempit dan adalah satu penghinaan kiranya aku dilabel sebahagian dari mereka ini.


Minat terhadap motorsikal tidak boleh disama ertikan dengan rempit, ini adalah kerana minat terhadap motorsikal lebih cenderung kepada aktiviti-aktiviti permotoran yang sihat seperti berkonvoi yang dikawal & mendapat kebenaran, & mempunyai attitude yang berhemah terutama dari segi cara tunggangan & penampilan yang memenuhi semua aspek keselamatan seperti helmet yang berkualiti, jaket dengan pelindung dan sebagainya. Bukankah lebih baik begini? adakah seorang mat rempit punyai semua ciri2x ini? malahan mat rempit sendiri memperlekeh attitude sebegini. Adakah aku masih seorang mat rempit? buka mata anda seluas2xnya, kembangkan minda anda, tidak semua penunggang motorsikal seperti aku adalah mat rempit. Kenape perlu memiliki motorsikal berkuasa tinggi untuk memiliki attitude sebegini? tiada bezanya memiliki motorsikal cub atau superbike kerana kedua2xnya perlu ditunggang oleh manusia yang bernyawa....


Kenapa kami sering jadi mangsa diskriminasi? hanya kerana aku menunggang motor kecil yang kononnya di mata anda adalah mat rempit jadi aku hanya dilayan umpama semut di jalanan? yang bole dipijak2x sesuka hati? memang aku tak bayar tol, memang cukai jalan aku cuma RM2 tapi ingatlah wahai pemandu2x kenderaan sekalian, aku juga manusia yang bernyawa & motorsikal aku tidak punyai perisai besi yang tebal untuk menahan aku dari cedera, motorsikal aku juga tidak punyai sistem brek ABS untuk mengelak pemandu cuai yang tidak mempedulikan penunggang motorsikal yang datang. Apakah agaknya nilai nyawa kami ini di mata anda? acap kali bila kemalangan melibatkan motorsikal & kereta, akhirnya penunggang motorsikal yang akan dipersalahkan. Buat pemandu2x semua, kenapa susah untuk anda anda beri peluang atau mengalah dengan penunggang motorsikal seperti aku? Lazimnya motorsikal akan menyelit2x di celah2x kenderaan kerana saiznya yang kecil tapi tidaklah sesuai untuk anda pemandu kereta untuk turut sama menyelit kerana ia akan membahayakan penunggang motorsikal, mengikut undang2x jalanraya, yang melanggar adalah bersalah & jika penunggang motorsikal terlanggar anda gara2x cara pemanduan anda itu, penunggang motorsikal akhirnya yang dipersalahkan, sudahlah menanggung kesakitan akibat kecederaan, terpaksa menanggung kos perubatan & baik pulih motorsikal, tapi anda? fikirkanlah... kereta anda dilengkapi dengan cermin sisi... tiada ertinya jika tidak tahu menggunakannya...


Akhir kata... ubahlah persepsi & mentaliti anda terhadap penunggang motorsikal seperti aku kerana bukan semua penunggang motorsikal adalah Mat Rempit... Hapuskanlah gejala rempit, kurangkanlah kadar kemalangan, hidupkan sebuah dunia permotoran yang sihat...


sekian dari saya,

jangan lupa memberi komen...




No comments:

Post a Comment