Friday, August 19, 2011

Debu Hijau Photoshop Bike Design Contest

Assalamualaikum & salam sejahtera. Kami berbesar hati mengundang anda menyertai pertandingan Debu Hijau Photoshop Bike Design Contest. Kami menjemput bakat-bakat yang mahir membuat "design" menggunakan adobe photoshop. Kembangkan kreativiti anda di sini, kami dengan berbesar hati mengalu-alukan penyertaan tuan & puan. Jangan lupa invite rakan-rakan anda untuk menyertai pertandingan ini. Hadiah yang sangat lumayan berupa sebuah coverset dengan design yang direka oleh anda....

Syarat-syarat penyertaan:

1) Peserta boleh menggunakan software adobe photoshop atau software yang seumpanya (sample seperti gambar di bawah - credit to caffan design)
2) Peserta boleh menghantar lebih dari 2 penyertaan (tiada limit)
3) Peserta TIDAK dibenarkan sama sekali meniru design2 yang telah sedia ada (design akan ditapis oleh admin Debu Hijau Design)
4) Jenis2 motor yang dibenarkan:
i) semua jenis motor cub yang memliki coverset sepenuhnya kecuali moto yang memiliki tanki hadapan & chasis yang mengikut warna coverset. contoh ex5, rxz, fz150, scrambler.
5) tema untuk pertandingan ini adalah "RACING DESIGN" .Design yang melanggar syarat tidak akan dipamerkan
6) Peserta perlu menghantar gambar design anda ke email wak_lc@yahoo.com.my beserta nama penuh, IC, No telefon & alamat
7) tarikh penyertaan bermula dari 15/8/2011
8) Pemenang akan dinilai mengikut jumlah "LIKE" yg diperolehi.
9) Tarikh akhir untuk menghantar design anda adalah pada 31/8/2011
10) tarikh "LIKE" bermula dari 15/8/2011 sehingga 15/9/2011.
11) keputusan akan dikeluarkan selepas seminggu tarikh "LIKE" ditutup (22/9/2011)
12) sebarang pertanyaan boleh diajukan pada no 013-4506081 (wak)


HADIAH MENARIK MENANTI ANDA..KAMI MERIALISASIKAN DESIGN IMPIAN ANDA..
JOIN KAMI DI:

Tuesday, May 31, 2011

Debu Hijau Design




Custom Design: RM200 - RM300 (without coverset)
Sport Rim: RM40
1 colour: RM100 - RM150 (without coverset)
Other service: touch up paint, repairing body part(scratch, crack) , fiberglass touch up
PM for more info or call or sms 013-4506081 -wak-





Wednesday, March 16, 2011

Di sebalik tragedi tsunami di jepun...

Bila matahari tidak lagi terbit dari timur itulah tandanya kiamat semakin hampir dan ianya merupakan tanda besar hari kiamat. Hari ini sudah banyak tanda-tanda kecil kiamat. Diantara kiamat kecil ialah:

1. Zina bermaharajalela
2. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
3. Bermaharajalela alat muzik.
4. Menghias masjid dan membanggakannya.
5. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
6. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
7. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
8. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
9. Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)
10. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.
11. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
12. Orang akan melakukan homoseksual.
13. Akan terdapat ramai anak luar nikah.
14. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
15. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
16. Banyaknya berlaku gempa bumi.

Dan apabila melihat pada tanda-tanda kecil berlaku kiamat, maka jelas, diantara 1-16 itu jelas menunjukkan bahawa kiamat semakin hampir. Namun yang paling mengejutkan, tanda-tanda besar kiamat juga sudah ada. Yang paling ketara ialah matahari semakin menaik ke arah barat dan semakin meninggalkan timur.

Jepun,11 Mac 2011 negara matahari terbit telah dilanda tragedi tsunami Jepun dan kali ini ia merupakan paling dahsyat dalam sejarah negara mereka untuk tempoh 140 tahun. Kekuatan kali ini bukan calang-calang iaitu 8.9 skala Richter. Kejadian berlaku di timur laut Tokyo. Dan fenomena itu turut mengubah menyebabkan kedudukan Pulau Honshu yang merupakan pulau utama Jepun itu berganjak sehingga 2.4 meter.

Ini menunjukkan negara matahari terbit itu sedang mengubah kedudukannya. Maka fenomena ’Retrograde Motion’ yang pernah diperkatakan sejak 1400 tahun dahulu semakin hampir.

Dan ALLAH swt pernah berjanji bahawa hari kiamat akan tiba dan sesungguhnya ALLAH swt tidak pernah memungkiri janjiNYA.

Semoga kisah Tsunami di Jepun tidak lagi menjadi bahan kelakar. Jadikanlah kisah Tsunami di Jepun sebagai pengajaran buat kita. ALLAH swt baru menyampaikan IKLAN KECIL KIAMAT. Dan sesungguhnya, hari kiamat semakin tiba. Semoga kita tidak merasai hari kiamat dan kita dimatikan sebagai orang yang taat, dan tidak diaibkan pada Hari Kiamat.



p/s: sila share pd kwn2x slepas bace ye...

Monday, December 13, 2010

Mi sedap yang tak sedap!



Sumpah aku tak akan makan lagi spesis mee sedap ni... dahla tak sedap, sampai sakit perut ak dibuatnya...

Kes lapar di tengah malam punya pasal, yang ada kat dapo plak cume mee segera ni, assign kat adik aku suh masak (punyela pemalas) sekali baru 2,3 suap kat perut dah rase macam panadol soluble kene celup dalam air... pedih giler beb...

Itu jam lapa terus hilang, 1 malam gulik2x sakit perut... huk2x.... adios...




p/s: Lepas ni mak x yah beli mee ni lagi, belila cap megi atau cap mamee lepas ni...

Aku Bukan "mat rempit"...

"cantik moto bro... betul mat rempit la lu"


Rempit? Aku mat rempit? Hanya kerana profil picture aku gambar motor berkategori moped @ cub? Inilah mentaliti rakyat Malaysia terhadap bikers kecil seperti aku dan rakan-rakan yang lain... Asal naik moto - Rempit ... REMPIT... REMPIT... REMPIT... Sampai aku sendiri naik menyampah dengan semua kategori mat rempit, x kisahla yang baik ke yang jahat sebab kalau dah dasar Mat Rempit mmg x de yang baik. Kenapa perlu jadi mat rempit? kenapa perlu bangga sebagai mat rempit? kenapa nak sia2xkan hidup yang singkat ni dengan rempit? Kerana Rempit2x inilah sampai semua yang tak terlibat termasuk aku turut jadi mangsa keadaan dilabel sebagai mat rempit...


Mat Rempit pada dasarnya mereka yang menunggang motorsikal tanpa attitude & menunggang secara melulu & merbahaya tanpa mempedulikan pengguna jalan raya lain, mereka juga gemar melakukan aksi-aksi merbahaya, berlumba haram, melanggar peraturan, tiada keselamatan diri & kegiatan jenayah seperti ragut, pecah rumah, curi motorsikal & jenayah berat seperti membunuh... Begitu banyak perkara negatif yang bole dikaitkan dengan Rempit dan adalah satu penghinaan kiranya aku dilabel sebahagian dari mereka ini.


Minat terhadap motorsikal tidak boleh disama ertikan dengan rempit, ini adalah kerana minat terhadap motorsikal lebih cenderung kepada aktiviti-aktiviti permotoran yang sihat seperti berkonvoi yang dikawal & mendapat kebenaran, & mempunyai attitude yang berhemah terutama dari segi cara tunggangan & penampilan yang memenuhi semua aspek keselamatan seperti helmet yang berkualiti, jaket dengan pelindung dan sebagainya. Bukankah lebih baik begini? adakah seorang mat rempit punyai semua ciri2x ini? malahan mat rempit sendiri memperlekeh attitude sebegini. Adakah aku masih seorang mat rempit? buka mata anda seluas2xnya, kembangkan minda anda, tidak semua penunggang motorsikal seperti aku adalah mat rempit. Kenape perlu memiliki motorsikal berkuasa tinggi untuk memiliki attitude sebegini? tiada bezanya memiliki motorsikal cub atau superbike kerana kedua2xnya perlu ditunggang oleh manusia yang bernyawa....


Kenapa kami sering jadi mangsa diskriminasi? hanya kerana aku menunggang motor kecil yang kononnya di mata anda adalah mat rempit jadi aku hanya dilayan umpama semut di jalanan? yang bole dipijak2x sesuka hati? memang aku tak bayar tol, memang cukai jalan aku cuma RM2 tapi ingatlah wahai pemandu2x kenderaan sekalian, aku juga manusia yang bernyawa & motorsikal aku tidak punyai perisai besi yang tebal untuk menahan aku dari cedera, motorsikal aku juga tidak punyai sistem brek ABS untuk mengelak pemandu cuai yang tidak mempedulikan penunggang motorsikal yang datang. Apakah agaknya nilai nyawa kami ini di mata anda? acap kali bila kemalangan melibatkan motorsikal & kereta, akhirnya penunggang motorsikal yang akan dipersalahkan. Buat pemandu2x semua, kenapa susah untuk anda anda beri peluang atau mengalah dengan penunggang motorsikal seperti aku? Lazimnya motorsikal akan menyelit2x di celah2x kenderaan kerana saiznya yang kecil tapi tidaklah sesuai untuk anda pemandu kereta untuk turut sama menyelit kerana ia akan membahayakan penunggang motorsikal, mengikut undang2x jalanraya, yang melanggar adalah bersalah & jika penunggang motorsikal terlanggar anda gara2x cara pemanduan anda itu, penunggang motorsikal akhirnya yang dipersalahkan, sudahlah menanggung kesakitan akibat kecederaan, terpaksa menanggung kos perubatan & baik pulih motorsikal, tapi anda? fikirkanlah... kereta anda dilengkapi dengan cermin sisi... tiada ertinya jika tidak tahu menggunakannya...


Akhir kata... ubahlah persepsi & mentaliti anda terhadap penunggang motorsikal seperti aku kerana bukan semua penunggang motorsikal adalah Mat Rempit... Hapuskanlah gejala rempit, kurangkanlah kadar kemalangan, hidupkan sebuah dunia permotoran yang sihat...


sekian dari saya,

jangan lupa memberi komen...




Hanya 2 roda...

Sedang anda leka menunggang motor di lorong tepi... tiba2x anda terdengar bunyi seretan tayar dari belakang & dalam sekelip mata anda rasa diri anda melayang, jatuh terhempas di atas jalan & anda sedaya upaya untuk bangun semula namun anda tetap berguling & terseret... bila anda buka mata anda, anda pandang ke sebelah anda lihat motor kesayangan anda terperosok di bawah kereta, anda cuba bangkit dalam keadaan lemah, anda lihat tangan anda kaki anda dipenuhi luka, pedih sangat... anda berdiri & berjalan terhencut2x & pada masa yang sama pemandu kereta tersebut tanpa sebarang luka berjalan menuju anda & bertanya... "adik ok ke? sy mintak maaf sangat2x... td sy x perasan adik... sy x sempat ngelak td..." apa agaknya jawapan yang anda akan berikan? Dengan semudah perkataan maaf & wang gantirugi sebagai ganti nyawa yang hampir terancam... Betapa rendahnya nilai nyawa kita di mata mereka.


Hanya 2 roda... inilah dilema yang terpaksa ditempuhi oleh setiap penunggang motorsikal... Baik motor kapcai atau superbike, penunggang motorsikal sering menjadi mangsa diskriminasi jalanan... lihat sendiri statistik kematian melibatkan penunggang motorsikal... adakah semuanya berpunca dari penunggang sendiri? atau berpunca dari kecuaian mereka? Memang diakui, terdapat segelintir penunggang motorsikal yang langsung tidak mengendahkan keselamatan diri atau lebih senang ditafsirkan sebagai mat rempit. Tetapi harus diingatkan sekali lagi, bukan semua penunggang motorsikal adalah mat rempit & adalah tidak adil untuk meletakkan sepenuhnya beban kesalahan terhadap penunggang motorsikal jika berlaku sebarang kemalangan. Acap kali kita akan mendengar mulut2x orang berkata jika berlaku kemalangan "elok mampos je budak ni, bawak motor menyusahkan orang"..... "Budak ni bawak laju ni".... "Lori depan mata tak kan tak nampak".... "padan muke ko" sedih rasenye jika kita berada di tempat mangsa kemalangan ni, sudahlah menangung kesakitan, dicemuh lagi... siapa kita untuk menghukum manusia? biarlah pihak yang berkenaan untuk menjatuhkan hukuman jika kita benar2x bersalah... tapi bagaimana jika hakikatnya bukan kesalahan kita?


Saya percaya, setiap penunggang motorsikal mesti mempunyai pengalaman ngeri, pahit semasa menunggang motorsikal di atas jalan raya... mungkin sedang anda menunggang motorsikal secara tiba2x lori yang tayarnya sama tinggi dengan anda menghimpit anda atau kereta di depan anda secara tiba2x menukar lorong ketika anda berada di lorong sebelah atau kereta keluar masuk simpang tanpa mempedulikan anda yang sebenarnya sudah terlalu dekat dan bermacam2x lagi insiden yang bole mengakibatkan kemalangan... saya sendiri sudah hampir lali dengan situasi begini terutama di bandar2x besar dimana masing2x saling mengejar masa sehingga tidak mempedulikan penunggang motorsikal yang turut menggunakan jalan raya untuk menuju destinasi masing2x...


Malang tidak berbau, malang boleh menimpa tidak kira samaada anda menunggang motorsikal atau kereta & sebagainya... tapi ingatlah, ketika anda selesa memandu dalam kereta yang berhawa dingin di dalam hujan yang lebat, kami sedang bergadai nyawa menunggang motorsikal di dalam keadaan tersebut, jangan jadikan alasan tidak nampak kerana hujan lebat sebagai alasan jika anda terlibat dengan kemalangan dengan penunggang motorsikal kerana adalah tanggungjawab anda sebagai pemandu untuk lebih fokus terutama pada penunggang motorsikal. Jika anda memandu kereta & terlibat dengan kemalangan, masih ad dinding besi di sekeliling anda untuk melindungi anda tetapi kami, hanya tubuh & takdir yang akan meneruskan nafas ini...


Buat semua penunggang motorsikal, jangan sesekali anda ambil mudah isu keselamatan semasa menunggang motorsikal, pastikan helmet anda bukan dari jenis yang longgar & diluluskan oleh sirim, helmet bukanlah sekadar fesyen tapi ianya perlindungan terbaik untuk melindungi kepala anda jika anda terlibat dalam kemalangan, keselamatan lain seperti jacket, glove, kasut & sebagainya juga perlu dititikberatkan... pastikan juga motorsikal anda tidak diubahsuai sehingga membahayakan diri anda sendri, patuhi undang2x jalanraya, jangan sesekali menempah maut dengan menunggang secara berbahaya seperti seorang mat rempit, & buat adik2x yang baru dapat lesen & baru menunggang motorsikal, jangan terlalu gembira sehingga anda alpa dengan keselamatan anda, saya bercakap begini sebab saya sedih bila kemalangan maut melibatkan motorsikal kebanyakan melibatkan umur belasan tahun yang saya kira baru lagi memegang lesen... Mulakan perjalanan anda dengan bismillah & doa, semoga anda selamat pergi & balik... sekian dari saya, sebarkan jika anda rasa bertanggungjawab, tegurlah jika ada kesilapan...


Hapuskanlah gejala rempit, kurangkanlah kadar kemalangan, hidupkan sebuah dunia permotoran yang sihat...

sekian dari saya,

jangan lupa memberi komen...










Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami

sebelum itu tidak terdaya menguasainya.Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah,

kami akan kembali.

honda c-70 terhebat...

Di suatu malam yang x bpe indah.... seorang pakcik dengan berkopiah sedang menunggang motor honda c-70 untuk pulang ke rumahnya dari surau... tengah syok pakcik tersebut melayan lamunan... tiba-tiba enjin moto yg x bpe nk kesayangan beliau terpadam... dlm hatinya " ah sudah... meragam lagi ko peah (nama manje motonye)... camane ak nk balik ni " sedang pakcik tersebut berusaha untuk merepair motor beliau walau sbnrnye x taw pape pn, datang seorang mamat rider yang menunggang suzuki hayabusa turbo berhenti sebelah beliau... berikut merupakan dialog mereka berdua :


rider : Assalamualaikum bro... npe ni?

pakcik : waalaikumsalam, bro pale hotak ko... ak ni dah tahap atok ko taw x... ni ha.. x taw la peah pakcik ni... meragam je...

rider : ala pakcik ni... gurau2 pn x ley... aik pakcik, moto yang dah x de rupe ni pn ad name?

pakcik : aih.. gurau kasar nmpak, ko taw x moto ni hadiah besday ak askar jepun bagi dulu.. ko ap taw...

rider : lol... ok2x... skunk ni sy nk tolong pakcik tarik moto pakcik smpai uma pakcik kebetulan sy bwk tali ni, bole ikat blakang moto sy...

pakcik : kene bayar x? ak bwk seringgit je ni, baru ingat nk minum kopi kat depan 2...

rider : eh.. x pe2x... sy ikhlas nk tlg... tp klu pkcik ad ank prmpuan yg single mingle 2.... sy teruna lagi... hehe...

pakcik : ah.. ko x yah ngengado... ni.. cpt ikat.. tarik smpai uma ak kat kampung cap ayam dpn sane...

rider : orait pakcik... ready ha.. kalau sy laju sgt pakcik tekan hon taw....

pakcik : orait bro...

rider : aik... pkcik plak pggl sy bro...

pakcik : da ko tlg ak... knela respek skit...

rider : hehe.. ok2x....


smpai di pertengahan jalan, ketika hampir sampai ke simpang kampung pakcik tersebut....


rider : alamak pakcik... tanah runtuh la.. camane nk lalu ni?

pakcik : ah sudah... mmg x nk bg ak balik ke? sejuk nasi yg bini ak masak kat uma...

rider : x pe2x... sy ttp akn tlg pakcik, klu cm 2... kite ikut jln jauh sikit la, kita masuk highway PLUS pas 2 pusing ikut belakang.. orait x?

pakcik : orait je... gua x da hal...

rider : dalam hati (eh pakcik ni... lebih2 plak)... mcm biase eh pakcik, klu sy laju sgt, pakcik tekan hon... kang tertinggal plak...

pakcik : orait2x...


mereka pn meneruskan perjalanan...

ketika di highway... sedang rider tersebut menarik moto pakcik yang diikat di belakang motornye dengan kelajuan 60 km/h, datang plak seorang rider menunggang yamaha R1 bakar2 line kat rider yang sedang menarik moto pakcik tersebut... dalam hati beliau (sabar2... tggula smpai ak anta pakcik ni... nahas ko) namun rider yamah R1 tersebut terus menerus bakar line kat hayabusa tersebut.. rider hayabusa tersebut mula hilang sabar & membalas bakaran R1 tersebut... tanpa mempedulikan pakcik yang terikat di belakang motornya, rider hayabusa tersebut terus memecut mengejar R1 tersebut... pakcik yang dibelakang pula agak terkejut dgn tindakan rider hayabusa tersebut dan terus menekan hon berkali2x untuk memberitahu rider tersebut yg beliau terlalu laju, namun tidak dipedulikan oleh rider hayabusa terbut... matlamat utamanya untuk mencicirkan rider R1 tersebut... tanpa perlu bekerja keras, dengan mudah Hayabusa tersebut bersama pakcik di belakang memintas yamaha R1 tersebut dengan kelajuan 320km/h... namun nasib tidak menyebelahi mereka... tanpa disedari terdapat polis yang sedang melakukan speed trap di highway tersebut & ketiga2 mereka telah dirakam oleh kamera polis... polis terbabit bergegas menghubungi peronda yang berada di hadapan untuk menahan ketiga2 mereka... berikut merupakan perbualan mereka;


polis 1 : terdapat tiga buah motorsikal yang dipandu secara berbahaya di km340 arah selatan, hantar peronda untuk menahan mereka

polis 2 : sila beri deskripsi kenderaan & kesalahan

polis 1 : sebuah motorsikal model suzuki hayabusa sedang berlumba dengan sebuah motorsikal Yamaha R1 & yang sebuah lg 2.... errr.. ak sndri pn x caye ngan ap yg ak nmpk ni sbnrnye... ak nmpk moto honda c-70 bole potong yamaha R1 siap cucuk angin belakang suzuki hayabusa & siap tekan2 hon nak suruh hayabusa tu ketepi sebab die nak potong... dah la pkai kopiah je...

polis 2 :ha????????????????


akhirnya ketiga2 mereka ditahan... & pakcik yang menjadi mangsa keadaan tersebut turut sama tido di lokap & motorsikal pakcik tersebut telah dihantar ke USA untuk dijadikan kajian....


sekian... cerita yg x seberapa ni.... harap terhibur... peace...